CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 17, 2009

Jangan Kita Lupa

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Manusia dipertanggungjawabkan memelihara dan mengekalkan keindahan alam dengan cara: menjaga kebersihan persekitaran
dan tempat tinggal,laut dan sungai dengan tidak membuang sampah
atau sisa buangan di merata-rata tempat.
Kedua,tidak merosakkan ekologi alam dengan melakukan penebangan hutan tanpa kawalan seperti melakukan kegiatan pembalakan haram.
Ketiga,mengadakan kempen kesedaran perihal pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.
Keempat,membuat perancangan pembangunan yang teliti sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

LARANGAN MEROSAKKAN ALAM
Allah s.w.t memberi amaran kepada mereka yang melakukan kerosakan kepada alamsebagai mana firmanNya yang bermaksud:
“telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbuknya yan g demikian)kerana Allah hendak merasakan mereka dengan sebahagian daripada balasan perbuata-perbuatan yang buruk yang telah mereka lakukan,supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”.(surah ar-Rum:41)
Oleh itu,kita dilarang sama sekali melakukan kerosakan kepada alam.ini kerana pebuatan merosakkan alam adalah perbuatan dibenci Allah.Mereka yang nerosakkan alam bermakna telah lupa nikmat dan rahmat daripada Allah s.w.t.Selain itu,melakukan penebangan hutan dan pembakaran secara terbuka akan merosakkan alam seperti berlaku tanah runtuh dan boleh membawa penyakit.Dan akhirnya,keindahan alam akan mula berkurangan,manakala kehidupan pelbagai ekosistem alam akan musnah termasuk habitat binatang liar akan musnah.

0 comments: